E-pembelajaran ( Kuiz Teka Silangkata ) dan Advokasi

Tarikh

:

14 Mei 2018

Masa

:

2.00 Petang Hingga 5.00 Petang

Lokasi

:

Bilik Latihan Pusat Internet 1Malaysia Pedas

Peserta

:

10 Orang

 

TUJUAN

Kelas ini diharidi seramai 10 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu mengisi waktu lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah selain dapat menguji tahap pengetahuan pelajar dalam penetahuaan am. Petugas juga dapat berkongsi dengan pelajar beberapa laman web pendidikan yang boleh dilawati secara percuma berkaitan soalan-soalan dan subjek di sekolah.

 

AKTIVITI

Pada permulaan kelas, para pelajar diberikan sedikit talimat berkaitan topik soalan-soalan yang telah disedikan oleh petugas. Kemudian, pelajar diminta duduk di computer masing-masing seterusnya dikehendaki menjawab soalan yang telah disediakan. Diakhir kelas, petugas membari taklimat ringkas berkaitan program advokasi kepada pelajar.

 

( GAMBAR DISINI )

 

 

 

Kelas Usahawan dan Porgram Promosi Kesedaran PI1M Pedas.

Tarikh

:

08 Mei 2018

Masa

:

10.00 Pagi Hingga 1.00 Petang

Lokasi

:

Pusat Internet 1Malaysia Pedas

Peserta

:

15 Orang

 

TUJUAN

Kelas ini dihadiri oleh wanita dan belia seramai 15 orang peserta di sekitar PI1M Pedas. Tujuan kelas ini diadakan adalah unutk memberi peluang kepada golongan wanita dan belia lepasan SPM untuk berniaga dengan menjual produk kesihatan selain dapat menambah ilmu bagi menjaga kesihatan diri.

 

AKTIVITI

Pada permulaan kelas, peserta diperkenalkan dengan perunding kesihatan dan produk iaitu Puan Noraini dan seterusnya beliau memberi penerangan dan maklumat berkaitan tugas beliau di syarikat berkenaan. Kemudian beliau menerangkan secara ringkas mengenai produk yang dimaksudkan serta membari taklimat dan cerita pengalaman beliau selama menjadi seorang usahawan produk tersebut. Pada akhir sesi, petugas memberi taklimat secara ringkas mengenai fungsi dan aktiviti yang dijalankan bagi membantu usahawan disekitar PI1M Pedas

( GAMBAR DISINI )

 

 

 

Pertandingan Membuat Kad Ucapan.

TARIKH

:

18 Mac 2018

MASA

:

3.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG

LOKASI

:

BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS

BIL. PESERTA

:

6 ORANG

 

TUJUAN

Kelas ini dihadiri seramai 7 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Gmail dan membantu para peserta untuk mencipta akaun email sendiri bagi memudahkan urusan pada masa akan datang.

 

AKTIVITI

Pada permulaan kelas, peserta diberi penerangan cara menggunakan Gmail.com. Seterusnya para peserta diminta untuk membuka Gmail.com dan diberi tunjuk ajar cara untuk mendaftar akaun masing-masing. Para peserta juga turut diberi penerangan tentang cara untuk mengemaskini akaun Gmail yang telah dibuat. Diakhir kelas, para peserta dipertontonkan dengan video cara-cara yang betul mengambil wudhu’ di Youtube.com.

 

( GAMBAR DISINI )

Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet 1Malaysia Pedas

Tarikh

:

07 Mei 2018

Masa

:

8.00 Pagi Hingga 2.00 Petang

Lokasi

:

Pusat Internet 1Malaysia Pedas

Peserta

:

186 Orang

 

TUJUAN

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kemudahan serta aktiviti Pusat Internet 1Malaysia Pedas kepada komuniti selain dapat meningkatkan lagi jumlah keahlian Pusat Internet 1Malaysia Pedas. Selain itu, tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman serta pendedahan mengenai program dan aktivti yang diadakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia kepada komuniti dan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara komuniti dan petugas Pusat Internet 1Malaysia Pedas.

 

AKTIVITI

Pada sebelah pagi, aktiviti dimulakan dengan pertandingan mewarna yang disertai oleh empat buah tadika sekitar PI1M Pedas di ruang utama. Sambil itu, taklimat berkaitan advokasi dijalankan di dalam bilik latihan disertai oleh orang dewasa dan kuiz advokasi diadakan secara spontan bagi memeriahkan lagi taklimat dijalankan. Selain itu, cabutan bertuah turut diadakan dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi. Seterusnya, aktiviti turut disusuli dengan taklimat usahawan yang disampaikan oleh CEO produk rangkaian jenama Sabak Salai iaitu Encik Taqdir bagi berkongsi pengalaman dan petua sepanjang berkecimpung dalam perniagaan ini. Gerai usahawan juga turut disediakan kepada usahawan sekitar yang berminat untuk membuka gerai pada hari terbuka ini. Diakhir program, sesi penyampaian hadiah dan cenderahati dilakukan seterusnya ucapan penutup disampaikan oleh Dato Zaifulbahri Bin Idris.

( GAMBAR DISINI )

 

 

 

Online Quizzes

TARIKH

:

11 Mac 2018

MASA

:

3.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG

LOKASI

:

BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS

BIL. PESERTA

:

11 ORANG

 

TUJUAN

Kelas ini dihadiri seramai 11 orang peserta terdiri daripada pelajar sekitar PI1M Pedas. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar mengisi waktu lapang pada hari percutian sekolah dengan aktiviti yang berfaedah selain dapat membantu meningkatkan lagi kemahiran menggunakan komputer dan internet.

 

AKTIVITI

Pada permulaan kelas, pelajar diterangkan dengan aktiviti yang akan dilakukan pada petang ini. Seterusnya petugas memberikan soalankuiz yangberkaitan dengan pengetahuaan am dan ICT melalui web. Pelajar dikehendaki menjawab kesemua soalan didalam laman web tersebut. Pada akhir kuiz, para pelajar akan dipaparkan dengan jumlah markah yang mereka perolehi. Diakhir kelas, pelajar diberikan taklimat mengenai advokasi  kesedaran oerkakasan dan perisian komputer.

 

( GAMBAR DISINI )