KELAS MULTIMEDIA DAN MEMBUAT E-MAIL
TARIKH |
: |
13 JANUARI 2018 |
MASA |
: |
10.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG |
LOKASI |
: |
BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS |
PESERTA |
: |
9 ORANG |
TUJUAN
Kelas ini dihadiri seramai 9 orang peserta terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pedas. Tujuan kelas diadakan adalah unutk membantu para pelajar membuat e-mail bagi memudahkan kerja separti menghantar kerja sekolah melalui email kepada guru mereka. Selain itu, para pelajar dapat memudahkan cara berkongsi ilmu serta para pelajar tahu kepentingan penggunaan e-mail pada masa akan datang.
AKTIVITI
Pada permulaan kelas, petugas memberi penerangan berkenaan baberapa jenis akuan e-mail yang boleh digunaakan tetapi petugas memberi penekanan pada penggunaan Gmail. Seterusnya petugas mengajar cara membuka Gmail dan para peserta diminta untuk mengisi data pada akaun Google sebagai permulaan Gmail. Setelah peserta berjaya untuk mendaftar Gmail, peserta diajar cara untuk menghantar e-mel dan fungsi-fungsi lain. Para peserta turut diminta menghantar e-mel kepada petugas sebagai latihan. Diakhir kelas, para peserta diberi taklimat mengenai buli siber dan dipertontonkan dengan video mengenai buli siber.
( GAMBAR DISINI )
TUTORIAL BAHASA INGGERIS TAHUN 6 DAN PORTAL SEBENARNYA.MY
TARIKH |
: |
12 JANUARI 2018 |
MASA |
: |
3.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG |
LOKASI |
: |
BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS |
PESERTA |
: |
7 ORANG |
TUJUAN
Kelas ini dihadiri seramai 7 orang peserta terdiri daripada pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pedas. Tujuan kelas ini adalah untuk membantu meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Selain itu kelas ini dapat membantu para peserta untuk mencipta karangan Bahasa Inggeris dengan baik.
AKTIVITI
Pada permulaan kelas, para pelajar diberi tunjuk ajar cara-cara penggunaan Microsoft Word. Seterusnya, para pelajar dikehendaki membuat karangan 3 perenggan yang bertajuk ‘MY SCHOOL’ dalam Bahasa Inggeris. Para pelajar juga turut diperkenalkan dengan laman English central untuk memudahkan pelajar dalam membuat karangan tersebut. Diakhir kelas, para pelajar diperkenalkan dengan portal SEBENARNYA.MY dan fungsi portal tersebut. Untuk lebih faham, para pelajar dipertontonkan dengan video berkaitan portal SEBENARNYA.MY di YOUTUBE.
( GAMBAR DISINI )
AKTIVITI GOTONG ROYONG PERDANA JKKK PEDAS HILIR DAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS BERSAMA PELAJAR BARU INSTITUSI LATIHAN PERINDUSTRIAN PEDAS.
TARIKH : 17 / 07 / 2016
HARI : AHAD
MASA : 8.00 PAGI - 11.30 PAGI
TEMPAT BERKUMPUL : MASJID DR. HAJI MOHAMMAD EUSUUF TEH
TEMPAT GOTONG ROYONG :
1. MASJID DR. HAJI MOHAMMAD EUSUUF TEH
2. PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS
3. SURAU LAMA PEDAS HILIR
4. SURAU TAMAN PINGGIRAN PEDAS
5. BALAI RAYA PEDAS HILIR
6. BALAI RAYA TAMAN PEDAS INDAH
BENGKEL APLIKASI & ROBOTIC ( LEGO ) #BAL
TARIKH : 7 OGOS 2016
HARI : AHAD
MASA : 08.00 PAGI - 06.00 PETANG
TEMPAT : KOLEJ KOMUNITI REMBAU
BILANGAN PESERTA : 43 ORANG
UMUR PESERTA : 13 TAHUN - 16 TAHUN
BILANGAN FASILITATOR : 11 ORANG
OBJEKTIF BENGKEL :
1. MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA PESERTA DI KAWASAN PINGGIR BANDAR TENTANG ROBOTIC DAN APLIKASI.
2. MEMUPUK MINAT PESERTA TERHADAP ROBOTIC.
3. MERAPATKAN JURANG IT ANTARA PENDUDUK BANDAR DENGAN PENDUDUK LUAR BANDAR.
4. MEMUPUK SEMANGAT BERFIKIR SECARA KREATIF ANTARA AHLI PASUKAN.
5. MEMBERI PENDEDAHAN TENTANG KEPENTINGAN MATEMATIK DAN SAINS TEKNOLOGI.