ENGLISH CENTRAL DAN KELAS BAHASA INGGERIS SERTA ADVOKASI
TARIKH |
: |
2 FEBRUARI 2018 |
MASA |
: |
3.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG |
LOKASI |
: |
BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS |
BIL. PESERTA |
: |
7 ORANG |
TUJUAN
Kelas ini dihadiri seramai 7 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan lagi penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Selain itu, dpat membantu memperbaiki cara sebutan dan ejaan perkataan tersebut dalam Bahasa Inggeris dengan tepat. Tujuan kelas ini diadakan juga adalah unutk berkongsi maklumat tentang kepesatan teknologi baru yang ada menerusi slot Advokasi ( Teknologi Dan Anda ).
AKTIVITI
Pada permulaan kelas, peserta diberi penerangan sambil amali cara menggunakan portal English Central. Seterusnya, para peserta diminta untuk membaca bersama-sama petikan ayat yang terdapat dalam video yang dipertontonkan di portal English Central. Pada akhir kelas, peserta didedahkan dengan beberapa contoh video berkaitan teknologi baru yang terdapat diseluruh dunia melalui Youtube.com.
( GAMBAR DISINI )
LATIHAN ASAS MIRCOSOFT WORD
TARIKH |
: |
27 JANUARI 2018 |
MASA |
: |
9.30 PAGI HINGGA 3.00 PETANG |
LOKASI |
: |
BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS |
PESERTA |
: |
10 ORANG |
TUJUAN
Kelas ini dihadiri seramai 10 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah. Tujuan kelas ini adalah untuk membantu peserta dalam meningkatkan laki kemahiran dalam penggunaan Microsoft Word serta memberi semangat kepada para peserta dalam mempelajari ilmu ICT.
AKTIVITI
Pada permulaan kelas, para peserta diberi penerangan mengenai Microsoft Word dan cara penggunaannya. Para peserta turut dibekalkan dengan buku panduan dan latihan yang telah disediakan oleh Pusat Internet 1Malaysia Pedas. Kemudian peserta dikehendaki membuat latihan yang terdapat dalam buku tersebut. Diakhir kelas, petugas memberi taklimat mengenai teknologi dan anda serta memaparkan video teknologi di Youtube.com.
( GAMBAR DISINI )
KELAS INTEL ( PEMASANGAN DAN PERKAKASAN KOMPUTER )
TARIKH |
: |
19 JANUARI 2018 |
MASA |
: |
3.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG |
LOKASI |
: |
BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS |
PESERTA |
: |
6 ORANG |
TUJUAN
Kelas ini dihadiri seramai 6 orang peserta terdiri daripada pelajar Tahun 6. Tujuan kelas ini adalah untuk memperkenalkan kepada para peserta tentang komponen yang terdapat pada komputer. Selain itu, para peserta dapat mengetahui fungsi beberapa komponen yang terdapat di dalam CPU serta dapat berkongsi maklumat tentang penggunaan komputer pada para peserta.
AKTIVITI
Pada permulaan kelas, para peserta memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dilakukan pada petang tersebut. Seterusnya petugas memberi penerangan tentang komponen yang terdapat pada CPU dan PC kepada para peserta sambil dibantu oleh skuad Pusat Internet 1Malaysia Pedas. Setelah selesai penerangan, para peserta diberi masa untuk menanyakan soalan kepada petugas. Kemudian, para peserta diberikan beberapa soalan kuiz yang berkaitan dengan akvititi yang dilakukan pada petang tersebut. Diakhir kelas, petugas memberi taklimat dan memaparkan video berkaitan Klik Dengan Bijak di Youtube.com sambil menerangkan pesanan yang hendak disampaikan didalam video tersebut.
( GAMBAR DISINI )
KELAS ENGLISH CENTRAL ( ENGLISH WORLD ) DAN TAKLIMAT JENAYAH SIBER.
TARIKH |
: |
26 JANUARI 2018 |
MASA |
: |
3.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG |
LOKASI |
: |
BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS |
PESERTA |
: |
3 ORANG |
TUJUAN
Kelas ini dihadiri seramai 3 orang peserta. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu para peserta dalam penggunaan dan berkomunikasi Bahasa Inggeris selain dapat membantu peserta menguasai subjek Bahasa Inggeris.
AKTIVITI
Pada permulaan kelas, petugas memberikan beberapa soalan berkaitan Bahasa Inggeris kemudian peserta dikehendaki menjawab beberapa soalan zuiz yang telah disediakan oleh petugas dengan ejaan yang betul di Microsoft Word. Seterusnya, petugas memeriksa jawapan bersama-sama peserta selain membuat pembetulan bersama-sama peserta. Diakhir kelas, petugas memberi penerangan mengenai jenayah siber yang boleh berlaku samaada sedar mahupun tidak sambil memaparkan video jenayah siber di Youtube.com.
( GAMBAR DISINI )
KELAS BAHASA INGGERIS ( ENGLISH CENTRAL ) DAN PROGRAM CHECK YOUR LABEL.
TARIKH |
: |
18 JANUARI 2018 |
MASA |
: |
3.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG |
LOKASI |
: |
BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS |
PESERTA |
: |
7 ORANG |
TUJUAN
Kelas ini dihadiri seramai 7 orang peserta terdiri daripada pelajar tahun 6. Tujuan kelas ini adalah untuk membantu meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Selain itu kelas ini dapat membantu para peserta untuk menbina karangan Bahasa Inggeris dengan baik.
AKTIVITI
Pada permulaan kelas, para pelajar dikehendaki membuka Microsoft Word seterusnya petugas menyebut beberapa jenis perkataan Bahasa Inggeris dan para pelajar hendaklah menaip perkataan tersebut dengan betul. Para pelajar turut diajar menyebut perkataan tersebut dengan betul. Seterusnya petugas memaparkan beberapa perenggan karangan dan para peserta dipilih untuk membaca perenggan tersebut sambil dibantu oleh petugas. Diakhir kelas, petugas memaparkan video berkaitan program Check Your Label sambil menerangka pesanan yang ingin disampaikan kepada mereka.
( GAMBAR DISINI )