Kelas Pengenalan Membuat Email
TARIKH |
: |
2 Mac 2018 |
MASA |
: |
3.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG |
LOKASI |
: |
BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS |
BIL. PESERTA |
: |
7 ORANG |
TUJUAN
Kelas ini dihadiri seramai 7 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Gmail dan membantu para peserta untuk mencipta akaun email sendiri bagi memudahkan urusan pada masa akan datang.
AKTIVITI
Pada permulaan kelas, peserta diberi penerangan cara menggunakan Gmail.com. Seterusnya para peserta diminta untuk membuka Gmail.com dan diberi tunjuk ajar cara untuk mendaftar akaun masing-masing. Para peserta juga turut diberi penerangan tentang cara untuk mengemaskini akaun Gmail yang telah dibuat. Diakhir kelas, para peserta dipertontonkan dengan video cara-cara yang betul mengambil wudhu’ di Youtube.com.
( GAMBAR DISINI )
AKTIVITI ONLINE DAN ADVOKASI ( ADUAN DAN MAKLUMAT PALSU )
TARIKH |
: |
18 FEBRUARI 2018 |
MASA |
: |
10.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG |
LOKASI |
: |
BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS |
BIL. PESERTA |
: |
7 ORANG |
TUJUAN
Aktiviti ini dihadiri seramai 7 orang perserta terdiri daripada pelajar seolah menengah dan lepasan SPM. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah unutk mengisi waktu cuti hujung minggu peserta dengan aktiviti yang berfaedah. Selain itu, petugas dapat membantu peserta lepasan SPM dalam mengisi permohonan untuk menyambung pelajaran di institusi pengajiaan awam mahupun swasta.
AKTIVITI
Pada sebelah pagi, para peserta lepasan SPM diberikan sedikit taklimat dan maklumat bagi memilih institusi pengajian tinggi. Para peserta diajar untuk menyemak syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menyambung pelajaran sebelum mengisi UPU online tersebut. Tujuan semakan ini dilakukan adalah untuk mempermudahkan peserta memilih jurusan yang akan diambil. Pada sebelah petang pula, peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dipertontonkan dengan video mengenai advokasi ( Aduan Dan Maklumat Palsu ) di laman Youtube.com sambil petugas memberikan sedikit penerangan mengenai video tersebut. Diakhir aktiviti, petugas memberikan sedikit taklimat kepada peserta tentang kelebihan dan aktiviti yang akan diadakan pada bulan Mac di Pusat Internet 1Malaysia Pedas.
( GAMBAR DISINI )
KELAS MICROSOFT WORD DAN ADVOKASI ( TEKNOLOGI DAN ANDA )
TARIKH |
: |
10 FEBRUARI 2018 |
MASA |
: |
10.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG |
LOKASI |
: |
BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS |
BIL. PESERTA |
: |
4 ORANG |
TUJUAN
Kelas ini dihadiri seramai 4 orang peserta terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pedas. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu peserta dalam penggunaan computer dan Microsoft Word. Selain itu, peserta dapat meningkatkan lagi kemahiran belajar ICT dalam diri peserta.
AKTIVITI
Pada permulaan kelas, petugas menyerahkan modul latihan asas Microsoft Word kepada para peserta. Kemudian petugas meminta para peserta unutk membuat bersama-sama latihan yang ada dalam modul tersebut. Seterusnya, para peserta diberikan tugasan dan dikehendaki menyiapkan tugasan tersebut dalam masa yang telah ditetapkan. Diakhir kelas, para peserta dipaparkan denga video berkaitan teknologi menerusi Youtube.com.
( GAMBAR DISINI )
KELAS KEUSAHAWANAN MARY KAY DAN PROMOSI PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS
TARIKH |
: |
13 FEBRUARI 2018 |
MASA |
: |
3.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG |
LOKASI |
: |
BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS |
BIL. PESERTA |
: |
5 ORANG |
TUJUAN
Kelas ini dihadiri seramai 5 orang peserta terdiri daripada kategori wanita dan belia sekitar Pusat Internet 1Malaysia Pedas. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan produk usahawan Mary Kay selain dapat membantu meningkatkan lagi pendapatan sampingan komuniti sekitar Pusat Internet 1Malaysia Pedas. Selain itu, dapat mendalami ilmu kecantikan serta berkongsi tips kecantikan bersama perunding kecantikan Mary Kay. Diakhir kelas, petugas mempromosikan program dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia Pedas kepada para peserta.
AKTIVITI
Pada permulaan kelas, perunding kecantikan membuat sesi pekenalan sebelum aktiviti seterusnya dijalankan. Kemudian, perunding kecantikan memperkenalkan beberapa jenis produk Mary Kay yang terdapat di dalam pasaran. Seterusnya, para peserta diberikna beberapa sampel produk untuk dicuba. Diakhir kelas, para peserta diberikan sedikit taklimat berkenaan program dan aktiviti yang diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Pedas.
( GAMBAR DISINI )
KELAS MOVIE MAKER DAN ONLINE KUIZ ( KAHOOT )
TARIKH |
: |
3 FEBRUARI 2018 |
MASA |
: |
10.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG |
LOKASI |
: |
BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS |
BIL. PESERTA |
: |
8 ORANG |
TUJUAN
Kelas ini dihadiri seramai 8 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan perisian Windows Movie Maker. Selain itu, peserta dapat belajar menggunakan perisian Movie Maker untuk meningkatkan kemahiran dalam membuat video asas yang baik. Para peserta juga dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan ICT dan Dashboard Komuniti melalui kuiz Kahoot.
AKTIVITI
Pada permulaan kelas, peserta diterangkan mengenai asas-asas berkaitan penggunaan Windows Movie Maker dan seterusnya diberi taklimat bagaimana ingin membuat sesebuah video asas menggunakan Movie Maker. Pada akhir kelas, para peserta dikehendaki menjawab soalan kuiz Kahoot berkaitan ICT dan Dashboard Komuniti.
( GAMBAR DISINI )