AKTIVITI ONLINE DAN ADVOKASI ( ADUAN DAN MAKLUMAT PALSU )

TARIKH

:

18 FEBRUARI 2018

MASA

:

10.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG

LOKASI

:

BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS

BIL. PESERTA

:

7 ORANG

 

TUJUAN

Aktiviti ini dihadiri seramai 7 orang perserta terdiri daripada pelajar seolah menengah dan lepasan SPM. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah unutk mengisi waktu cuti hujung minggu peserta dengan aktiviti yang berfaedah. Selain itu, petugas dapat membantu peserta lepasan SPM dalam mengisi permohonan untuk menyambung pelajaran di institusi pengajiaan awam mahupun swasta.

 

AKTIVITI

Pada sebelah pagi, para peserta lepasan SPM diberikan sedikit taklimat dan maklumat bagi memilih institusi pengajian tinggi. Para peserta diajar untuk menyemak syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menyambung pelajaran sebelum mengisi UPU online tersebut. Tujuan semakan ini dilakukan adalah untuk mempermudahkan peserta memilih jurusan yang akan diambil. Pada sebelah petang pula, peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dipertontonkan dengan video mengenai advokasi ( Aduan Dan Maklumat Palsu ) di laman Youtube.com sambil petugas memberikan sedikit penerangan mengenai video tersebut. Diakhir aktiviti, petugas memberikan sedikit taklimat kepada peserta tentang kelebihan dan aktiviti yang akan diadakan pada bulan Mac di Pusat Internet 1Malaysia Pedas.

 

( GAMBAR DISINI )