RESEPI DAGING MASAK ASAM PEDAS

 

BAHAN-BAHAN MENTAH :-

  • DAGING LEMBU - ANGGARAN 1 KILO ( DIPOTONG DADU, DIBASUH & DITOSKAN )
  • TERUNG BULAT @ TERUNG PANJANG - 3 @ 4 BIJI ( TERPULANG KALAU HENDAK LETAK LEBIH )

 

BAHAN-BAHAN YANG DIKISAR :-

  • BAWANG MERAH - 2 @ 3 BIJI
  • BAWANG PUTIH - 2 @ 3 BIJI
  • HALIA - SEINCI
  • KUNYIT HIDUP - 1 INCI
  • JINTAN MANIS - 1 SUDU
  • KETUMBAR - 1 SUDU

 

BAHAN-BAHAN MENUMIS :-

  • MINYAK MASAK
  • AIR - IKUT KEPERLUAN
  • GARAM - SECUKUP RASA
  • PENAMBAH RASA - SECUKUR RASA
  • SERBUK LADA HITAM - 1 SUDU KECIL
  • DAUN LIMAU PURUT - 3 @ 4 HELAI ( DIBASUH )
  • AIR ASAM JAWA - TAMBAH IKUT KEPERLUAN 
  • HALBA - ANGGARAN 1 SUDU

 

CARA-CARA

  • PANASKAN KUALI DENGAN MINYAK, MASUKKAN HALBA, TUMIS BAHAN YANG TELAH DIKISAR SEKALI. TUMIS SAMPAI NAIK BAU. MASUKKAN DAUN LIMAU PURUT SERTA SERBUK LADA HITAM.
  • MASUKKAN GARAM ( UNTUK CEPAT GARINGKAN LADA ), MASUKKAN SECUKUP RASA - MASUKKAN DAGING DAN AIR - BIAR SAMPAI DAGING EMPUK.
  • MASUKKAN AIR ASAM JAWA DAN TERUK - BIAR TERUNG MASAK SEKEJAP - RASA KALAU KURANG GARAM ATAU PERASA.
  • MASAK SEHINGGA DAGING EMPUK - BOLEH MAKAN BERSAMA NASI ATAU ROTI - KALAU NAK MAKAN BEGITU SAJA PON BOLEH JUGAK.

GULAI AYAM DENGAN NANGKA

BAHAN :-

 

AYAM                     1/2 EKOR

CILI API                 SEGENGGAM @ DIKURANGKAN JIKA TIDAK TAHAN PEDAS

KUNYIT HIDUP        2 INCI ... SEBESAR IBU JARI

NANGKA MUDA       1BIJI DIREBUS HINGGA EMPUK

SERAI                    2 BATANG

KELAPA                  1 BIJI ( PERAH UNTUK 1 CAWAN PATI DAN 3 CAWAN CAIR

 

CARA :-

- POTONG AYAM IKUT SUKA

- KISAR CILI DENGAN KUNYIT, GAUL DENGAN AYAM, SALAIKAN ATAS API SEHINGGA DAGING AYAM KECUT ATAU KERING AIRNYA. MASUKKAN SEKALI GARAM.

- MASUKKAN SANTAN CAIR DAN ASAM KEPING, KACAU SEHINGGA MENGELEGAK, BARU MASUKKAN NANGKA.

- TUNGGU SEHINGGA KUAH MENGELEGAK, MASUKKAN SERAI DAN SANTAN PATI. TUNGGU HINGGA PECAH MINYAK.

 

 

SUMBER : http://akumama.blogspot.my/2011/08/koleksi-istimewa-masakan-negeri.html

 

Akan dikemaskini oleh petugas Pi1M.

RESEPI IKAN SEMBILANG MASAK LEMAK CILI API

 
Bahan-bahan:
 
5 ekor ikan sembilang
500ml santan
15 biji cili padi (tumbuk)
1.5cm belacan (tumbuk)
5 biji bawang merah (tumbuk)
5 biji bawang putih (tumbuk)
1 batang serai (dititik)
2 keping asam gelugur
1/2 sudu serbuk kunyit
garam & gula
 
Cara:
 
1. Masukkan kesemua bahan tumbuk, asam keping, serbuk kunyit dan serai bersama santan.
2. Jerangkan di atas api dan masukkan ikan sembilang. Masak di antara 10-12 minit.
3. Kacau sekali sekala sehingga mendidih dan tidak pecah santan.
4. Masukkan garam dan gula.
5. Ikan sembilang masak lemak cili padi siap untuk dihidangkan.