TARIKH |
: |
12 OGOS 2018 ( AHAD ) |
MASA |
: |
2.00 PETANG – 5.00 PETANG |
LOKASI |
: |
BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEDAS |
BIL. PESERTA |
: |
5 ORANG |
TUJUAN
1. Kelas ini bertujuan untuk membantu para peserta mencipta Gmail persendirian bagi memudahkan urusan menghantar kerja sekolah yang telah diberikan oleh cikgu mereka mahupun memudahkan segala kerja yang melibatkan penggunaan email.
2. Selain itu, tujuan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai keselamatan dalam memberi maklumat diri di dalam internet serta keburukannya.
AKTIVITI
1. Para peserta diajar cara untuk menggunakan Gmail dan cara untuk mendaftar akaun masing-masing.
2. Peserta turut diajar untuk menghantar email dan menyemak email yang masuk serta lain-lain keperluan di dalam Gmail.
3. Diakhir kelas, peserta diberi taklimat mengenai langkah-langkah keselamatan dalam memberi maklumat diri di internet mahupun media sosial.
TARIKH |
: |
09 OGOS 2018 ( KHAMIS ) |
MASA |
: |
2.00 PETANG – 6.00 PETANG |
LOKASI |
: |
PUSAT INTERNET PEDAS |
BIL. PESERTA |
: |
7 ORANG |
TUJUAN
1. Bertujuan untuk membantu meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan Powtoon dalam menghasilkan slide pembentangan serta penyedian untuk pertandingan pembentangan yang akan dijalankan sempena Hari Kemerdekaan nanti.
2. Dapat membantu peserta mengisi waktu dengan aktiviti yang bermanfaat serta menghiburkan.
AKTIVITI
1. Para peserta diajar cara-cara menggunakan Powtoon serta cara kreatif menghasilkan pembentangan.
2. Peserta turut diajar untuk menukar latar belakang dan memasukan gambar ke dalam slide.
3. Diakhir kelas, peserta telah bermain permainan online ( Kahoot Game ) bagi menguji tahap pemikiran kreatif peserta dalam menjawab soalan pantas.
( Gambar Disini )
TARIKH |
: |
03 OGOS 2018 (JUMAAT) |
MASA |
: |
3.00 PETANG – 4.00 PETANG |
LOKASI |
: |
PUSAT INTERNET PEDAS |
BIL. PESERTA |
: |
8 ORANG |
TUJUAN:
1. Petugas membantu dan berkongsi ilmu dengan para peserta tentang penggunaan Whatsapp Web dengan menggunakan komputer.
2. Dapat bersama-sama mengetahui fungsi Whatsapp Web ini dengan lebih lanjut lagi.
AKTIVITI:
1. Para peserta dikehendaki untuk membawa telefon pintar masing-masing.
2. Kemudian petugas meminta para peserta untuk membuka akaun Whatsapp mereka melalui komputer iaitu dengan menaip Whatsapp Web, seterusnya menghubungkan di antara telefon pintar mereka dan Whatsapp Web tersebut.
3. Seterusnya, petugas memberi tunjuk ajar tentang cara penggunaannya beserta dengan antara fungsi-fungsi yang boleh dilakukan mereka dengan menggunakan Whatsapp Web.
( GAMBAR DISINI )
TARIKH |
: |
03 OGOS 2018 (JUMAAT) |
MASA |
: |
4.00 PETANG – 6.00 PETANG |
LOKASI |
: |
PUSAT INTERNET PEDAS |
BIL. PESERTA |
: |
8 ORANG |
TUJUAN
1. Bertujuan bagi menguji pengetahuan para peserta tentang kempen Klik Dengan Bijak.
2. Menambahkan lagi ilmu pengetahuan para peserta berkenaan Klik Dengan Bijak dan Pusat Internet Pedas.
AKTIVITI
1. Para peserta diminta untuk menaip laman web https://quizizz.com .
2. Soalan-soalan berkaitan Klik Dengan Bijak dan Pusat Internet Pedas telah pun disediakan oleh petugas untuk dijawab oleh para peserta.
3. Sambil menjawab soalan-soalan berkenaan, petugas juga dalam pada itu memberikan sedikit penerangan berkaitan soalan-soalan tersebut untuk para peserta mengimbas semula apa yang telah dipelajari oleh mereka sebelum ini.
( GAMBAR DISINI )
TARIKH |
: |
28 JULAI 2018 (SABTU) |
MASA |
: |
10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: |
PUSAT INTERNET PEDAS |
BIL. PESERTA |
: |
5 ORANG |
TUJUAN
1. Petugas membantu sedikit sebanyak dalam mata pelajaran Bahasa Melayu para peserta.
2. Dapat membantu para peserta dalam mengulangkaji pelajaran mereka pada cuti hujung minggu.
AKTIVITI
1. Petugas membantu para peserta dengan mengulangkaji mata pelajaran Bahasa Melayu sambil melihat buku teks sebagai panduan mengajar.
2. Para peserta diminta untuk menjawab dengan menggunakan masa yang telah diberikan. Sambil itu , petugas turut menerangkan untuk lebih kefahaman.
( GAMBAR DISINI )