KELAS KEUSAHAWANAN MARY KAY DAN PROMOSI PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS

TARIKH

:

13 FEBRUARI 2018

MASA

:

3.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG

LOKASI

:

BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS

BIL. PESERTA

:

5 ORANG

 

TUJUAN

Kelas ini dihadiri seramai 5 orang peserta terdiri daripada kategori wanita dan belia sekitar Pusat Internet 1Malaysia Pedas. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan produk usahawan Mary Kay selain dapat membantu meningkatkan lagi pendapatan sampingan komuniti sekitar Pusat Internet 1Malaysia Pedas. Selain itu, dapat mendalami ilmu kecantikan serta berkongsi tips kecantikan bersama perunding kecantikan Mary Kay. Diakhir kelas, petugas mempromosikan program dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia Pedas kepada para peserta.

 

AKTIVITI

Pada permulaan kelas, perunding kecantikan membuat sesi pekenalan sebelum aktiviti seterusnya dijalankan. Kemudian, perunding kecantikan memperkenalkan beberapa jenis produk Mary Kay yang terdapat di dalam pasaran. Seterusnya, para peserta diberikna beberapa sampel produk untuk dicuba. Diakhir kelas, para peserta diberikan sedikit taklimat berkenaan program dan aktiviti yang diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Pedas.

 

( GAMBAR DISINI )