Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet 1Malaysia Pedas
Tarikh |
: |
07 Mei 2018 |
Masa |
: |
8.00 Pagi Hingga 2.00 Petang |
Lokasi |
: |
Pusat Internet 1Malaysia Pedas |
Peserta |
: |
186 Orang |
TUJUAN
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kemudahan serta aktiviti Pusat Internet 1Malaysia Pedas kepada komuniti selain dapat meningkatkan lagi jumlah keahlian Pusat Internet 1Malaysia Pedas. Selain itu, tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman serta pendedahan mengenai program dan aktivti yang diadakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia kepada komuniti dan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara komuniti dan petugas Pusat Internet 1Malaysia Pedas.
AKTIVITI
Pada sebelah pagi, aktiviti dimulakan dengan pertandingan mewarna yang disertai oleh empat buah tadika sekitar PI1M Pedas di ruang utama. Sambil itu, taklimat berkaitan advokasi dijalankan di dalam bilik latihan disertai oleh orang dewasa dan kuiz advokasi diadakan secara spontan bagi memeriahkan lagi taklimat dijalankan. Selain itu, cabutan bertuah turut diadakan dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi. Seterusnya, aktiviti turut disusuli dengan taklimat usahawan yang disampaikan oleh CEO produk rangkaian jenama Sabak Salai iaitu Encik Taqdir bagi berkongsi pengalaman dan petua sepanjang berkecimpung dalam perniagaan ini. Gerai usahawan juga turut disediakan kepada usahawan sekitar yang berminat untuk membuka gerai pada hari terbuka ini. Diakhir program, sesi penyampaian hadiah dan cenderahati dilakukan seterusnya ucapan penutup disampaikan oleh Dato Zaifulbahri Bin Idris.
( GAMBAR DISINI )