Mengusahakan Kedai Makan Abang Sam ( Sarapan Pagi Dan Makan Tengah Hari )
NAMA |
: |
SAMAD BIN HAJI HASHIM |
UMUR |
: |
61 TAHUN |
AHLI |
: |
16 MAC 2017 |
LATAR BELAKANG :
Encik Samad lebih dikenali dengan panggilan Abang Sam meskipun beliau sudah pun berumur 61 tahun. Hal ini kerana sifat beliau yang bersahaja dengan semua lapisan umur, membuatkan beliau sangat disenangi ramai. Beliau merupakan seorang usahawan perniagaan kedai makan untuk sarapan pagi dan di waktu tengah hari. Nama kedai makan beliau adalah Kedai Makan Abang Sam, terletak di Jalan Kampung Sungai Ibor, Pedas, Negeri Sembilan Darul Khusus. Perniagaan beliau ini dibangunkan bersama-sama dengan ahli keluarga beliau.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI :
Sebelum berkunjung ke PI Pedas, beliau tidak mempromosikan kedai makan beliau menerusi laman sosial. Setelah anak-anaknya memberitahu beliau tentang Pusat Internet Pedas, beliau menghadiri beberapa kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak PI Pedas.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI :
Setelah mendapatkan beberapa maklumat asas bagaimana ingin mempromosikan kedai dan produk beliau secara online, perniagaan beliau kini semakin terkenal dalam kalangan penduduk Rembau dan Seremban. Beliau mempromosikan di dalam Facebook, terutama di dalam ‘group’ Facebook yang telah mempunyai ramai ‘likes’. Oleh hal yang demikian, kedai makan beliau adalah salah satu kedai makan tengah hari yang popular di daerah ini.
http://pedas.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=15#sigFreeIdbbfde889e2
PENIAGA PRODUK SALAI DAN PEMILIK KEDAI MAKAN SABAK SALAI
NAMA |
: |
MOHAMMAD TAQDIR BIN SAJIN |
UMUR |
: |
28 TAHUN |
AHLI |
: |
18 JANUARI 2017 |
LATAR BELAKANG :
Encik Mohammad Taqdir Bin Sajin merupaka anak jati Kampung Kundur Hulu, Rembau, Negeri Sembilan. Sebelum memulakan perniagaan Kedai Makan Sabak Salai ini, beliau merupakan seorang pekerja di institusi perbankan. Setelah beberapa lama, beliau memutuskan untuk meletakkan jawatan dan memulakan perniagaan di bawah jenama Sabak Salai.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI :
Sebelum melibatkan diri di Pusat Internet Pedas, beliau kurang mengenali penduduk-penduduk di sekitar kawasan Pedas ini. Hal ini menyebabkan beliau sukar untuk mendapatkan perhatian para pelanggan di sekitar ini. Namun setelah mendapatkan nasihat dari Penolong Pengurus Pusat Internet Pedas, beliau sedikit sebanyak mengetahui sumber dalam mendapatkan idea mempromosi perniagaan mereka dalam kalangan penduduk di sekitar kawasan ini.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI :
Selepas kerap mendapatkan beberapa idea dalam mempromosikan secara online di dalam beberapa ‘group’ penduduk di sekitar kawasan Pedas, perniagaan di bawah jenama Sabak Salai telah berkembang dengan majunya. Namun begitu, Pusat Internet Pedas adalah tempat bagi beliau untuk mendapatkan perkhidmatan internet yang pantas dalam mempromosikan perniagaan beliau. Tambahan lagi, Pusat Internet Pedas menjadi tempat utama bagi beliau mencetak segala dokumen-dokumen yang berkaitan perniagaan beliau.
KISAH KEJAYAAN-CELIK IT-SUKU KE-IV 2016
KISAH KEJAYAAN-USAHAWAN 1-SUKU KE-IV 2016
KISAH KEJAYAAN-USAHAWAN 2-SUKU KE-IV 2016
KISAH KEJAYAAN-CELIK IT-SUKU KE-III 2016
KISAH KEJAYAAN-USAHAWAN 2-SUKU KE-III 2016
KISAH KEJAYAAN-USAHAWAN 1-SUKU KE-III 2016
KISAH KEJAYAAN-CELIK IT-SUKU KE-II 2016
KISAH KEJAYAAN-USAHAWAN 2-SUKU KE-II 2016
KISAH KEJAYAAN-USAHAWAN 1-SUKU KE-II 2016
KISAH KEJAYAAN-CELIK IT-SUKU KE-I 2016
KISAH KEJAYAAN-CELIK IT-SUKU KE-IV 2015
KISAH KEJAYAAN-CELIK IT-SUKU KE-III 2015
BIL |
2ST QUARTER 2017 ( APRIL – JUN ) |
|
1 |
MUHAMMAD ASYRAF BIN ZAILAN |
|
2 |
SITI NURSHAMSHIDA BINTI MAT ARIS |
|
3 |
SITI SUHAILA AZWA BINTI HAMIDAN |
BIL |
1ST QUARTER 2017 ( JANUARI – MAC ) |
|
1 |
ZAKARIA BIN YUNOS |
|
2 |
NOR SYAFIKA ASMIDA BT NORHASIM |
|
3 |
NOOR SHIELA BINTI ROOB |