TARIKH |
: 07 JULAI 2019 ( SABTU ) |
MASA |
: 10.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET PEDAS |
BIL PESERTA |
: 10 ORANG |
TUJUAN
1. Membantu pelajar menyelesaikan kertas kerja Perniagaan yang lengkap dan mnegikut format SPM yang betul.
2. Memastikan pelajar melakukan kompilasi kandungan kertas kerja Perniagaan mengikut susunan yang betul.
3. Membantu meningkatkan kemahiran pelajar dalam menggunakan komputer dan perisian yang ada.
4. Membantu pelajar menyiapkan kertas kerja Perniagaan mengikut masa yang ditetapkan.
AKTIVITI
1. Petugas memberi sedikit taklimat mengenai aktiviti yang akan dilakukan pada hari ini.
2. Pelajar membuat carian Google berkenaan contoh-contoh kertas kerja Perniagaan yang lengkap dan bertepatan dengan format SPM.
3. Pelajar sambil dibantu petugas menyiapkan beberapa bahagian daripada kertas kerja Perniagaan masing-masing yang masih belum lengkap.
4. Petugas memberi tunjuk ajar untuk mengkompilasi semua kertas kerja yang telah dibuat.
5. Pelajar membuat penambahbaikan terhadap kertas kerja masing-masing.
( GAMBAR DISINI )
TARIKH |
: 06 JULAI 2019 ( SABTU ) |
MASA |
: 2.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG |
LOKASI |
: BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEDAS |
BIL PESERTA |
: 10 ORANG |
TUJUAN
1. Membantu pelajar mendapatkan gambaran dan idea untuk meletakkan nilai-nilai dari segi kewangan dalam kertas kerja Perniagaan mereka.
2. Memastikan pelajar faham cara-cara pengiraan yang terdapat dalam format kertas kerja Perniagaan.
3. Membantu meningkatkan kemahiran pelajar dalam menggunakan komputer dan perisian yang ada.
4. Memberi pelajar kesedaran tentang pentingnya dalam memastikan peralatan komunikasi perlu mempunyai label MCMC.
AKTIVITI
1. Petugas memberi sedikit taklimat mengenai aktiviti yang akan dilakukan pada hari ini.
2. Pelajar membuat carian Google berkenaan rancangan operasi dan rancangan kewangan yang berkait rapat dengan jenis syarikat perniagaan yang mereka pilih.
3. Pelajar mula merangka beberapa idea dari segi jumlah-jumlah yang patut diletakkan pada rancangan operasi dan rancangan kewangan.
4. Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan Microsoft Excel dengan betul.
5. Pelajar sambil dibantu petugas menggunakan Microsoft Excel bagi menyelesaikan pengiraan yang terdapat dalam kertas kerja Perniagaan mengikut format SPM.
6. Petugas memberi taklimat berkenaan kepentingan serta kesan jika sesuatu alatan komunikasi tidak mempunyai label MCMC.
TARIKH |
: 01 JULAI 2019 ( ISNIN ) |
MASA |
: 3.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG |
LOKASI |
: BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEDAS |
BIL PESERTA |
: 6 ORANG |
TUJUAN
1. Mengulangkaji kemahiran pelajar dalam menggunakan komputer dan Microsoft Word.
2. Menambahkan ilmu pengetahuan am dalam pmembuat kertas kerja.
3. Menyediakan suasana belajar yang kondusif untuk para peserta.
4. Memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan asas perniagaan.
5. Membantu pelajar membina kertas kerja yang lengkap untuk markah dalam mata pelajaran Perniagaan SPM.
6. Memberi pendedahan kepada pelaja mengenai keselamatan menggunakan internet.
AKTIVITI
1. Petugas memberi sedikit taklimat mengenai aktiviti yang akan dilakukan pada hari ini.
2. Pelajar membuat carian Google berkenaan penubuhan syarikat perniagaan dan contoh-contoh kertas kerja perniagaan.
3. Pelajar sambil dibantu petugas menentukan jenis perniagaan yang hendak dibina.
4. Pelajar menjana idea dalam menentukan nama syarikat yang kreatif dan berdaya saing.
5. Petugas memberi taklimat keselamatan dan program kesedaran yang dilakukan di Pusat Internet.
TARIKH |
: 05 JULAI 2019 ( JUMAAT ) |
MASA |
: 3.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET PEDAS |
BIL PESERTA |
: 15 ORANG |
TUJUAN
1. Membantu dan mereka bentuk kertas kerja Perniagaan mengikut format yang ditetapkan untuk pelajar SPM.
2. Memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara untuk mencari maklumat yang boleh diterima pakai di internet.
3. Membantu meningkatkan kemahiran pelajar dalam menggunakan komputer dan perisian yang ada.
AKTIVITI
1. Petugas memberi sedikit taklimat mengenai aktiviti yang akan dilakukan pada hari ini.
2. Pelajar membuat carian Google berkenaan perkara-perkara asas yang perlu diambil kira dalam penubuhan syarikat perniagaan.
3. Pelajar membuat ringkasan eksekutif, objektif serta latar belakang perniagaan mengenai syarikat yang hendak dibuat.
4. Pelajar sambil dibantu petugas menyenaraikan beberapa misi dan visi syarikat yang berkait dengan jenis perniagaan yang mereka pilih.
5. Pelajar menentukan misi dan visi yang paling bersesuaian dan relevan.
6. Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan Microsoft Word dengan betul.
TARIKH |
: 22 JUN 2019 ( SABTU ) |
MASA |
: 10.00 PAGI HINGGA 01.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET PEDAS |
BIL PESERTA |
: 8 ORANG |
TUJUAN
1. Menyediakan suasana belajar yang kondusif untuk para peserta.
2. Memperkenalkan KHEX Play Set kepada pelajar.
3. Memperkenalkan permainan yang menguji kreativiti dan semangat berpasukan.
4. Dapat menghabiskan waktu terluang cuti persekolahan dengan aktiviti yang bermanfaat.
AKTIVITI
1. Petugas memberi sedikit taklimat mengenai aktiviti yang akan dilakukan pada hari ini.
2. Petugas memperkenalkan KHEX Play Set kepada pelajar dan cara menggunakannya.
3. Para peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri seramai 3 orang pelajar dalam setiap kumpulan.
4. Pemainan dimainkan mengikut 2 kategori iaitu kenderaan dan bebas serta boleh mengambil contoh di internet.
5. Peserta hendaklah membina corak mengikut kreativiti pasukan sendiri dan mengikut masa yang telah ditetapkan.
6. Pada akhir sesi, taklimat Klik Dengan Bijak sambil memberi kuiz spontan kepada pelajar.
( GAMBAR DISINI )