TARIKH

:       22 JUN 2019 ( SABTU )

MASA

:       10.00 PAGI HINGGA 01.00 PETANG

LOKASI

:       PUSAT INTERNET PEDAS

BIL PESERTA

:       8 ORANG

 

TUJUAN

1.         Menyediakan suasana belajar yang kondusif untuk para peserta.

2.         Memperkenalkan KHEX Play Set kepada pelajar.

3.         Memperkenalkan permainan yang menguji kreativiti dan semangat berpasukan.

4.         Dapat menghabiskan waktu terluang cuti persekolahan dengan aktiviti yang bermanfaat.

 

AKTIVITI

1.         Petugas memberi sedikit taklimat mengenai aktiviti yang akan dilakukan pada hari ini.

2.         Petugas memperkenalkan KHEX Play Set kepada pelajar dan cara menggunakannya.

3.         Para peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri seramai 3 orang pelajar dalam setiap kumpulan.

4.         Pemainan dimainkan mengikut 2 kategori iaitu kenderaan dan bebas serta boleh mengambil contoh di internet.

5.         Peserta hendaklah membina corak mengikut kreativiti pasukan sendiri dan mengikut masa yang telah ditetapkan.

6.         Pada akhir sesi, taklimat Klik Dengan Bijak sambil memberi kuiz spontan kepada pelajar.

 

( GAMBAR DISINI )