TARIKH

:     12 JANUARI 2019 ( AHAD )

MASA

:     10.00 PAGI HINGGA 1.00 TENGAH HARI

LOKASI

:     BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEDAS

BIL PESERTA

:     8 ORANG

 

TUJUAN

1.         Meningkatkan daya kreatif para peserta dalam menghasilkan poster dengan penggunaan internet dan Microsoft Powerpoint.

2.         Mengulangkaji pelajaran terdahulu untuk lebih kefahaman.

3.         Memberi panduan secara ringkas berkenaan etika penggunaan internet walau dimana jua mereka berada.

 

AKTIVITI

1.         Petugas memberi panduan tentang tajuk dan gambar-gambar yang perlu ada di dalam poster mereka.

2.         Kemudian para peserta dikehendaki untuk mencari gambar-gambar tersebut melalui carian Google dan blog menerusi penggunaan internet.

3.         Pada akhir program, panduan berkenaan etika penggunaan internet diperjelaskan kepada para peserta.

 

( GAMBAR DISINI )

 

 

 

 

 

TARIKH

:     5 JANUARI 2019 ( AHAD )

MASA

:     3.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG

LOKASI

:     BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEDAS

BIL PESERTA

:     10 ORANG

 

TUJUAN

1.         Membantu pelajar untuk menyiapkan kerja sekolah Bahasa Inggeris iaitu memilih buku pilihan mengikut genre masing-masing.

2.         Menambah ilmu pengetahuan berkaitan penggunaan komputer dan ICT.

3.         Membantu para peserta dalam menggunakan Microsoft Word.

4.         Berkongsi panduan dan maklumat berkaitan Kempen Advokasi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) kepada pelajar.

 

AKTIVITI

1.         Petugas memberi penerangan berkenaan genre buku seperti yang diminta oleh guru Bahasa Inggeris mereka yang perlu mereka lakukan.

2.         Kulit buku yang dipilih di Google Image hendaklah dimasukkan ke Microsoft Word.

3.         Para peserta saling bertanyakan soalan kepada petugas untuk lebih kefahaman.

4.         Pada akhir sesi, petugas memberi taklimat berkaitan langkah-langkah keselamatan dalam menggunakan internet dan media social sambil menunjukkan video yang telah disediakan di PI Pedas.

 

( GAMBAR DISINI )

 

 

 

 

 

TARIKH

:     09 DISEMBER 2019   ( ISNIN )

MASA

:     10.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

LOKASI

:     PUSAT INTERNET PEDAS

BIL PESERTA

:     14 ORANG

 

TUJUAN

1.         Memantapkan pemikiran pelajar dengan program latihan matematik yang dianjurkan oleh Pusat Internet Pedas.

2.         Para pelajar lebih memahami subjek matematik yang akan mereka pelajari pada masa akan datang.

3.         Pelajar lebih yakin dengan penggunaan bahasa Arab yang dijadikan bahasa rumi dalam kehidupan seharian.

4.         Menambahkan ilmu pengetahuan pelajar dengan kuiz Kahoot.com (Tatabahasa).

5.         Pelajar menjadi lebih kreatif dalam mencipta bentuk menggunakan lego.

6.         Memenuhi masa yang terluang dengan program-program yang menarik.

7.         Memberi pendedahan dan kesedaran kepada para pelajar dalam program Advokasi- Klik Dengan Bijak(Oversharing) yang diadakan.

 

AKTIVITI

1.         Petugas mengajar subjek matematik bagi pelajar sekolah rendah untuk persediaan akan datang.

2.         Pelajar mempelajari subjek pada tahun 2020 untuk memudahkan kefahaman.

3.         Selepas itu, petugas memberi taklimat dan sedikit penerangan mengenai program ‘1 Hari Penuh Ilmu’ kepada para pelajar.

4.         Kuiz Kahoot.com (Tatabahasa) diadakan untuk memantapkan ilmu pengetahuan para pelajar.

5.         Selepas program kuiz kahoot diadakan, petugas memberi soalan cari kata bahasa rumi tentang Maulidur Rasul ‘ kepada para pelajar yang terlibat.

6.         Dan di akhir program ‘1 Hari Penuh ilmu’, aktiviti mencipta bentuk diadakan.

7.         Kemudian, Petugas menerangkan dan menayangkan beberapa video contoh program Advokasi – Oversharing kepada para pelajar.

 

( GAMBAR DISINI )

 

 

 

 

 

TARIKH

:      13 DISEMBER 2019 ( JUMAAT )

MASA

:     2.30 PETANG HINGGA 5.30 PETANG

LOKASI

:     PUSAT INTERNET PEDAS

BIL PESERTA

:     10 ORANG

 

TUJUAN

1.         Membantu peserta yang kurang berkemahiran dalam penggunaan komputer.

2.         Berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan.

3.         Memberi tunjuk ajar dalam ilmu asas ICT sehingga boleh melakukannya tanpa petugas selepas ini.

4.         Meningkatkan tahap kemahiran para peserta berkenaan ICT.

5.         Memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan dan fungsi Portal Sebenarnya.my dalam mengetahui kesahihan sesuatu berita dan maklumat yang mereka perolehi sebelum membuat keputusan untuk menyebarkannya kepada pengguna internet lain.

 

AKTIVITI

1.         Peserta diminta untuk menaip berdasarkan carian Google yang sudah dimuat turun.

2.         Seterusnya, peserta perlu menaip mengikut kehendak fail yang telah fimuat turun.

3.         Jika kurang pasti, peserta perlu mempunyai inisiatif sendiri untuk mencarinya di carian google semula sambil dibantu oleh petugas untuk lebih kefahaman.

4.         Sambil itu pula, petugas memberi penerangan berkaitan Portal Sebenarnya.my dengan menunjukkan portal tersebut menerusi carian Google.

 

( GAMBAR DISINI )

 

 

 

 

 

TARIKH

:     24 NOVEMBER 2019   ( AHAD )

MASA

:     02.00 PETANG HINGGA 05.00 PETANG

LOKASI

:     PUSAT INTERNET PEDAS

BIL PESERTA

:     9 ORANG

 

TUJUAN

1.         Memberi pengetahuan dan kemahiran tentang asas perkakasan komputer dan kaedah penyelenggaraan dan penjagaan komputer.

2.         Memberi pengetahuan dan kemahiran tentang asas dan kaedah konfigurasi dalam menyediakan sebuah rangkaian komputer.

3.         Meningkatkan tahap pengetahuan tentang perkembangan dan teknologi perkomputeran dan rangkaian komputer.

4.         Memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar mengenai bahaya Cyber Grooming

 

AKTIVITI

1.         Petugas memberi taklimat dan penerangan tentang komputer.

2.         Petugas menunjukkan cara-cara serta fungsi komputer.

3.         Petugas mengajar melalui skrin manakala pelajar mengikuti setiap pembelajaran.

4.         Petugas memberi latihan kepada para pelajar tentang komputer agar lebih memahami.

5.         Sesi teknikal memasang komponen PC diadakan serta pengenalan papan kekunci.

6.         Selepas itu, petugas memberi penerangan mengenai taklimat advokasi serta tayangan video melalui YouTube diadakan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang Cyber Grooming.

 

( GAMBAR DISINI )