NAMA |
: |
MUHAMMAD FADZLY BIN MOHD RIZAL |
UMUR |
: |
12 TAHUN |
TARIKH MENJADI AHLI |
: |
11 SEPTEMBER 2015 |
NO TELEFON |
: |
- |
|
: |
- |
MEDIA SOSIAL |
FB : IG : |
- - |
LATAR BELAKANG :
Fadzly merupakan pelajar Sekolah kebangsaan Pedas dan merupakan anak sulung dari 3 orang adik beradik. Beliau tinggal berhampiran dengan Pusat Internet Pedas dan seorang pelajar serta kanak-kanak yang aktif mengikuti apa jua program dan aktiviti yang dilakukan di sekolah mahupun komuniti.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :
Fadzly merupakan seorang kanak-kanak yang aktif mengikuti program dan aktiviti riadah yang dijalankan di sekitar komuniti Pusat Internet Pedas tetapi jarang mengikuti kelas yang dijalankan oleh petugas Pusat Internet Pedas. Fadzly tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer dan internet untuk melayari internet mahupun untuk membuat kerja sekolah. Tambahan pula, beliau tidak mempunyai telefon pintar dan komputer di rumah.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :
Setelah diajak dan dipujuk oleh petugas Pusat Internet Pedas untuk mengikuti kelas dan program ICT Pusat Internet Pedas, Fadzly kini sudah cekap dalam menggunakan komputer dan perisian yang ada di dalam komputer. Fadzly juga kini turut mahir menggunakan Microsoft Word dan Powerpoint tanda memerlukan bantuan petugas Pusat Internet Pedas. Fadzly juga kini boleh membantu rakan-rakan yang kurang mahir dalam menggunakan komputer dan internet dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Sekiranya cuti sekolah, Fadzly kini kerap datang ke Pusat Internet Pedas bagi membuat latihan dan kelas yang diadakan.
http://pedas.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/407-2nd-quarter-2019-celik-it-muhammad-fadzly#sigFreeId511b644703