PENGGUNA MEDIA SOSIAL TIDAK PERLU MOHON LESEN.
Menerusi kerangka kawal selia baharu ini, hanya pengendali platform yang mematuhi standard keselamatan dan privasi yang ketat dibenarkan beroperasi.
Matlamat utamanya bagi mewujudkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat untuk melindungi pengguna, terutamanya golongan kanak-kanak dan keluarga, daripada bahana kandungan memudaratkan.
Dengan pengawasan lebih ketat terhadap platform yang beroperasi, MCMC berharap langkah ini dapat mewujudkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat untuk pengguna.