KOMPLEKS PERKAMPUNGAN KRISTAL 

DAERAH REMBAU KINI DIKENALI SEBAGAI SALAH SATU TEMPAT PENGELUAR PRODUK KRISTAL DI NEGARA INI. KOMPLEKS PERKAMPUNGAN KRISTAL INI DIBANGUNKAN SECARA USAHASAMA DI ANTARA REMBAU CRYSTAL SDN BHD DAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN ( YNS ). KOMPLEKS INI DIBINA BERHAMPIRAN DENGAN PEKAN REMBAU DAN KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH REMBAU.

STRUKTUR BANGUNAN DAN GALERI KOMPLEKS PERKAMPUNGAN KRISTAL INI MERUPAKAN SALAH SATU HASIL KRAFTANGAN WARISAN MELAYU KERANA IANYA MERUPAKAN BANGUNAN BERBENTUK MINANGKABAU LAMA DAN DIPERBUAT DARIPADA KAYU DAN PAPAN DAN TELAH DIBUKA KEPADA ORANG RAMAI PADA 1 DISEMBER 2007.

 

PRODUK KRISTAL INI BUKAN SAHAJA UNTUK PAMERAN TETAPI TURUT JUGA DIJUAL MALAH BOLEH JUGA DITEMPAH MENGIKUT KEHENDAK PELANGGAN. DIANTARA PRODUK YANG DIBUAT DAN DIJUAL DI KOMPLEKS KRISTAL TERMASUK LAMPU MEJA, BARANGPERHIASAN KRISTAL, PINGGAN MANGKUK, AKSESORI DAN BANYAK LAGI. 

PRODUK KRISTAL YANG DIBUAT DAN DIJUAL MENGIKUT PIAWAIAN ANTARABANGSA. PERKAMPUNGAN KRISTAL INI JUGA MENJADI PUSAT BAGI BELIA DAN MASYARAKAT UNTUK MEMPELAJARI CARA-CARA MEMBUAT KRISTAL, SELAIN MEMBUKA PELUANGUNTUK MENJUAL HASIL TANGAN MEREKA.

WAKTU OPERASI :

09.00 PAGI HINGGA 07.00 PETANG ( ISNIN HINGGA JUMAAT )

09.00 PAGI HINGGA 04.00 PETANG ( SABTU DAN AHAD )

LOKASI : 

REMBAU CRYSTAL SDN. BHD.

LOT 1432, KOMPLEKS PERKAMPUNGAN KRISTAL, 

JALAN KAMPUNG MULIA, 71300 REMBAU, N.S.D.K