TARIKH |
: 15 OGOS 2020 ( SABTU ) |
MASA |
: 10.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG |
LOKASI |
: BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEDAS |
BIL PESERTA |
: 7 ORANG |
TUJUAN
1. Mempromosikan Pusat Internet Pedas dengan pelbagai program.
2. Membantu usahawan baru dalam meningkatkan lagi kemahiran menggunakan komputer dan internet.
3. Menggalakkan kaum wanita untuk datang ke Pusat Internet Pedas bagi terlibat dengan aktiviti yang dijalankan.
4. Mengemaskini maklumat perniagaan di akaun Shopee.
5. Meningkatkan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Excel dalam memasukkan data.
6. Merapatkan hubungan antara Pusat Internet dengan komuniti setempat.
AKTIVITI
1. Petugas menerangkan aktiviti yang akan dijalankan.
2. Petugas memberi penerangan mengenai medium usahawan yang dapat digunakan.
3. Petugas memberi taklimat cara untuk menggunakan serta cara untuk memasukkan maklumat produk.
4. Peserta diberi peluang untuk memasukkan maklumat produk sambil dibantu oleh petugas.
5. Sesi soal jawab diadakan bagi memastikan peserta faham dengan apa yang diterangkan.
6. Diakhir kelas, petugas memberi taklimat mengenai program Advokasi-Penipuan Internet serta langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil tahu yang dijalankan di Pusat Internet.