TARIKH |
: 01 NOVEMBER 2019 ( JUMAAT ) |
MASA |
: 10.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET PEDAS |
BIL PESERTA |
: 9 ORANG |
TUJUAN
1. Memantapkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kepantasan terhadap ilmu matematik pelajar terhadap program kahoot.com
2. Mengisi masa lapang pelajar.
3. Meraikan kanak-kanak sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia dengan menghiburkan mereka dengan beberapa aktiiti yang dirancang.
4. Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di Pusat Internet.
5. Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.
6. Melahirkan generasi yang dinamik,progresif,aktif,berdisplin dan berinovasi.
7. Melahirkan bangsa yang memiliki keperibadian terpuji,cemerlang,berbakat serta beribawa.
8. Melahirkan pelajar yang kreatif dan inovasi pada masa akan datang.
AKTIVITI
1. Petugas menerangkan aktiviti-aktivi yang dijalankan serta peraturan yang perlu peserta patuhi.
2. Para peserta menyertai program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Pedas.
3. Kemudian, petugas menunjukkan tayangan video Advokasi (Check Your Label) yang disediakan oleh pihak SKMM dan petugas menerangkan setiap isi penting kepada para peserta.
4. Penyampaian hadiah bagi para pemenang.
5. Kemudian, pada waktu petang pula, seramai 4 orang pelajar mempelajari kelas multimedia.
6. Petugas menunjukkan cara-cara untuk tracing gambar menggunakan Adobe Illustrator.
7. Latihan diberikan kepada pelajar dengan menggunakan Software Ai tersebut.
8. Akhir sekali, tayangan dan penerangan video Advokasi (Check Your Label) juga ditunjukkan kepada para pelajar yang mengikuti kelas tersebut.