TARIKH

:       21 APRIL 2019 ( AHAD )

MASA

:       2.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG

LOKASI

:       PUSAT INTERNET PEDAS

BIL PESERTA

:       8 ORANG

 

TUJUAN

1.         Dapat melatih para peserta mengingati beberapa jenis nama komponen yang terdapat pada komputer.

2.         Membantu para peserta dalam menerangkan tentang penggunaan barangan dan perkakasan yang terdapat pada setiap PC.

3.         Peserta dapat melakukan aktiviti berfaedah menggunakan internet selain dapat meningkatkan kemahiran menggunakan internet.

4.         Dapat berkongsi maklumat tentang kesan berkongsi maklumat secara berlebihan di laman media dan internet.

 

AKTIVITI

1.         Adam (Skuad Pi Pedas) yang sedang bercuti semester menerangkan beberapa komponen yang terdapat pada CPU dan PC kepada para peserta.

2.         Kemudian para peserta dikehendaki menjawab beberapa soalan kuiz yang berkaitan dengan aktiviti pada hari tersebut.

3.         Untuk memeriksa jawapan, skuad dan petugas memeriksa jawapan bersama-sama dengan para peserta.

4.         Yang terakhir, petugas memaparkan video berkaitan advokasi ‘Berkongsi Secara Berlebihan’ menerusi YouTube, sambil menerangkan pesanan yang ingin disampaikan kepada mereka.

 

( GAMBAR DISINI )