TARIKH

:       31 MAC 2019 ( AHAD )

MASA

:       8.30 PAGI HINGGA 1.30 TENGAH HARI

LOKASI

:       PUSAT INTERNET PEDAS

BIL PESERTA

:       146 ORANG

 

TUJUAN

1.         Mengeratkan silaturrahim diantara para petugas Pusat Internet Pedas dan warga komuniti.

2.         Mendekatkan para pengunjung dengan aktiviti-akitiviti yang melibatkan penggunaan komputer.

3.         Mempromosikan nama Pusat Internet Pedas kepada mata masyarakat.

4.         Menghargai jasa dan masa para pengunjung yang hadir untuk diperuntukkan pada program ini.

5.         Berkongsi ilmu berkenaan kempen-kempen advokasi SKMM kepada mereka.

6.         Memberi peluang kepada agensi-agensi yang terlibat dalam mempromosikan perkhidmatan mereka.

7.         Memberi peluang kepada para usahawan dalam memperomosi dan menjual produk mereka kepada para pengujung.

8.         Memberi keistimewaan kepada para pengunjung yang hadir untuk menjadi sebilangan dari ahli Pusat Internet Pedas secara percuma.

 

AKTIVITI

1.         Aktiviti dan pameran dijalankan oleh beberapa agensi yang terlibat seperti Koperasi Masjid Dato’ Dr. Haji Mohamad Eusoff Teh Berhad, Usahawan produk kesihatan Unicity Science, Yayasan Pertubuhan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM Ar-Rahnu), Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia Cawangan Pedas. Pejabat Kesihatan Daerah Rembau, Perpustakaan Desa kampung Pedas Hilir, dan Klinik Kesihatan Rembau.

2.         Aktiviti saringan kesihatan dijalankan secara percuma kepada para pengunjung.

3.         Petugas memberikan taklimat dengan menggunakan slide berkenaan pengenalan internet, peranan SKMM, Klik Dengan Bijak, ‘Online Grooming’, ‘Oversharing’, Buli Siber, Sebenarnya.my, dan penggunaan internet.

4.         Kemudian, pertandingan kuiz advokasi atas talian dijalankan untuk kategori terbuka.

5.         Untuk lebih menarik, pertandingan mewarna secara atas talian diadakan untuk kategori kanak-kanak.

6.         Seterusnya, pertandingan mengarang artikel juga diadakan kepada para peserta kategori belia dan dewasa.

7.         Pertandingan kuiz HBK secara atas talian turut diadakan.

8.         Untuk lebih menarik, sesi bengkel usahawan kecil dijalankan oleh barisan skuad Pusat Internet Pedas dalam demo menghasilkan ‘Cheesekut’ bersama-sama dengan para pengunjung yang hadir.

9.         Cabutan bertuah diadakan yang menjadikan program ini berjalan lancar dengan suasana yang lebih meriah.

10.       Pada akhir program, majlis penutupan majlis diadakan dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang, dan cenderamata untuk tetamu jemputan khas.

 

( GAMBAR DISINI )