TARIKH |
: 22 MAC 2019 ( JUMAAT ) |
MASA |
: 8.30 PAGI HINGGA 11.30 PAGI |
LOKASI |
: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN UNDANG REMBAU |
BIL PESERTA |
: 172 ORANG |
TUJUAN
1. Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang penggunaan media sosial dengan bijak.
2. Berkongsi ilmu berkenaan kempen-kempen advokasi SKMM kepada mereka.
3. Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang keburukan penggunaan internet yang berlebihan terutamanya menerusi laman sosial.
4. Memberi penerangan tentang beberapa agenda pemangsa media sosial terhadap mangsa menerusi media sosial.
5. Berkongsi maklumat yang penting berkenaan langkah-langkah bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa seksual menerusi media sosial.
AKTIVITI
1. Petugas memberikan taklimat dengan menggunakan slide berkenaan pengenalan internet, peranan SKMM, Klik Dengan Bijak, ‘Online Grooming’, ‘Oversharing’, Buli Siber, ‘Sexting’, dan Kawal Selia Kendiri.
2. Untuk lebih menarik, petugas menjalankan beberapa aktiviti seperti kuiz spontan bersama-sama dengan para pelajar.
3. Di akhir aktiviti, petugas memberi penerangan agar perkara-perkara seperti yang telah dibincangkan tidak berlaku kepada diri mereka.