TARIKH |
: |
24 OGOS 2018 ( JUMAAT ) |
MASA |
: |
3.00 PETANG – 6.00 PETANG |
LOKASI |
: |
BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEDAS |
BIL. PESERTA |
: |
7 ORANG |
TUJUAN
1. Dapat menaikkan sifat patriotik dalam kalangan peserta.
2. Menanamkan sifat cintakan tanah air dalam diri para peserta.
3. Membina jati diri sebagai bangsa yang berjaya.
4. Menerapkan nilai harmoni dalam diri para peserta, seiring dengan membangunnya tanah air Malaysia.
AKTIVITI
1. Petugas bercerita tentang perjuangan nenek moyang dalam memperjuangkan kebebasan tanah air daripada penjajah pada zaman dahulu.
2. Kemudian para peserta berkongsi apa kenikmatan hidup yang mereka perolehi setelah mencapai kemerdekaan pada zaman ini.
3. Para peserta dan petugas berkongsi perasaan tentang maksud dan erti Hari Kebangsaan pada diri mereka.
4. Seterusnya, petugas meminta para peserta untuk membuat hasil seni yang melambangkan peringatan mereka terhadap Hari Kebangsaan 2018 ini.